Monday, 26 December 2011

Profile - Najwa Latif .



Imratul Najwa Abdul Latif merupakan nama sebenar artis youtube yang terkenal melalui single Cinta Muka Buku iaitu Najwalatif. Artis baru naungan NAR Records ini juga merupakan seorang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (P) Temenggong Ibrahim, Batu Pahat, Johor yang baru berusia 16 tahun. Sedikit info mengenai Imratul Najwa Abdul Latif:

BIODATA DAN PROFAIL IMRATUL NAJWA ABDUL LATIF

Nama sebenar: Imratul Najwa Binti Abdul Latif
Nama panggilan: Najwalatif
Tarikh Lahir: 23 Mei 1995
Asal: Batu Pahat, Johor.
Karier: Penyanyi
Sekolah: SMK (P) Temenggong Ibrahim, Batu Pahat. Johor
Pelajaran: UPSR, PMR (7A1B)
Idola: Justin Bieber
Album: Cinta Muka Buku (Penulis Lirik, Syafiqa Latif)









Facebook: https://www.facebook.com/najwalatifs (official fan club)



Kini, Imratul Najwa @ Najwalatif sedang menyiapkan sebuah lagi single nya yang pernah popular di laman youtube tidak lama dahulu iaitu Lagu Carta Hati (klik untuk melihat lirik lagu tersebut). Seperti lagu Cinta Muka Buku, single kedua Najwalatif ini juga ditulis oleh kakaknya iaitu Syafiqa Latif.

Imratul Najwa Abdul Latif juga mempunyai lagu baru yang diberi judul SahabatKu, AdaMu dan SATU. Sehingga kini, Najwalatif sudahpun mempunyai 8 lagu ciptaan nya sendiri iaitu Cinta Muka Buku, Carta Hati, I Love You, Kosong,Only Yours dan tiga lagu tersebut.

Jom layan lagu Cinta Muka Buku yang telah menaikkan nama Najwalatif dalam industri muzik tanah air Malaysia. Tahniah Imratul Najwa Abdul Latif.

No comments:

Post a Comment